Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan
limpah kurnia dan keizinan-Nya, saya diberi kesempatan dan
kekuatan untuk menulis sepatah dua kata dalam kata alu-aluan Laman
Web MRSM Sultan Azlan Shah.
Tahniah dan syabas diucapkan kerana berjaya menyempurnakan
Pembangunan Laman Web MRSM Sultan Azlan Shah ini dengan jayanya.
Tanpa kesungguhan dan komitmen yang tinggi sudah tentu laman web
ini tidak dapat disiapkan seperti yang dirancang. Oleh itu, saya
selaku Pengetua MRSM Sultan Azlan Shah ingin memanjatkan setinggi
- tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Esa dan ucapan terima kasih
kepada ahli yang terlibat kerana telah mempamerkan kesungguhan
dalam merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Visi dan Misi
MRSM Sultan Azlan Shah.
Sebagai sebuah institusi pendidikan yang mempunyai cita-cita besar
untuk menempa nama di persada negara dan dunia pendidikan,
penggemblengan tenaga dan usaha daripada warga mrsm ini amat
diharapkan supaya dapat menguasai ilmu untuk menghasilkan
pendidikan berkualiti demi meningkatkan kecemerlangan akademik
melalui pengurusan mrsm yang cekap dan efisien.
Dalam mencapai matlamat ini maka usaha yang gigih dan pengorbanan
yang tinggi merupakan faktor utama penentu kejayaan yang perlu
dimiliki oleh setiap warga MRSM Sultan Azlan Shah. Ianya menuntut
daya usaha yang tinggi bagi membentuk budaya kerja yang cemerlang
dan jelas. Semua tugasan yang terkandung dalam MPS diharap dapat
berfungsi serta dijana mengikut garis panduan yang dinyatakan di
dalamnya. Saya amat berharap semua warga MRSM Sultan Azlan Shah
dapat memastikan kerja yang dilakukan tidak tersasar dari
landasan.
Akhir kalam, saya dengan rasa berbesar hati mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa dan semua warga MRSM
Sultan Azlan Shah yang telah berusaha gigih sehingga berjaya
menyempurnakan Pembangunan Laman Web MRSM Sultan Azlan Shah ini
dengan jayanya.
Sama-samalah kita menjalankan tugas dan amanah yang
dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan dan mudah-mudahan
usaha ini diberkati Allah S.W.T dan menjadi amal soleh yang akan
kita kecapi pada kemudian hari. In shaa Allah.
Sekian. Wassalam.
En. Khairil Azri B. Mohd Habibollah
Pengetua MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar