Hal Ehwal Kokurikulum

Memimpin, Berinovasi, dan Mencapai Kecemerlangan

Utama / Kokurikulum
Tiga Teras Utama

Komponen Kokurikulum MRSM

Setiap pelajar diwajibkan menyertai satu wakil bagi setiap komponen untuk pembangunan holistik.

Unit Beruniform

Memupuk disiplin diri, kepimpinan, dan semangat kerjasama melalui aktiviti luar.

Kelab & Persatuan

Mencungkil bakat dan minat dalam bidang akademik dan bukan akademik (Debat, Robotik, Seni, dll.).

Sukan & Permainan

Meningkatkan kecergasan fizikal dan mempelajari nilai kesukanan serta kerja berpasukan.

Program Robotik
Pembangunan Kompetensi

Program Berimpak Tinggi

Kami meletakkan penekanan yang tinggi terhadap penyertaan pelajar dalam aktiviti berimpak tinggi yang menjana kemahiran abad ke-21.

  • Robotik & Inovasi (STEM)

    Menyertai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti MARA STEM Challenge dan World Robot Olympiad.

  • Debat & Pidato

    Platform untuk mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan komunikasi berkesan.

Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum

Ketua Unit KoKu
Pengerusi

En. Nik Shahrullazwar b. Nik Dir

Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat

"Kami menyasarkan penyertaan 100% dan sekurang-kurangnya satu pingat emas di peringkat kebangsaan setiap tahun."

Pn. Raja Norma Izam bt. Raja Ismail

Pn. Raja Norma Izam bt. Raja Ismail

Penyelaras

normaizam.ismail@mara.gov.my
Pn. Norizan bt. Mat Jusoh

Pn. Norizan bt. Mat Jusoh

Penyelaras Kelab & Persatuan

norizan.jusoh@mara.gov.my
Pn. Munirah bt. Baharudin

Pn. Munirah bt. Baharudin

Penyelaras Badan Beruniform

munirah.baharudin@mara.gov.my
En. Che Mohd Rozula b. Soh Siva

En. Che Mohd Rozula b. Soh Siva

Penyelaras Sukan & Permainan

rozula@mara.gov.my
En. Ahmad Saiful b. Md Zain

En. Ahmad Saiful b. Md Zain

Data E-Guru & PAJSK

saiful.zain@mara.gov.my
En. Ahmad Ilham Mursyid b. Azmi

En. Ahmad Ilham Mursyid b. Azmi

Data E-Guru & PAJSK

ahmadilham@mara.gov.my
Keusahawanan & Kebajikan

Perkhidmatan Koperasi

Co-Op Mart Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kangsar Berhad didaftarkan pada 16 Oktober 2015. Kemudian pada 11 Mac 2019, nama koperasi dengan rasminya di tukar kepada Co-Op Mart MRSM. Ahli koperasi terdiri guru seramai 10 orang dan pelajar seramai 10 orang, manakala bilangan kakitangan koperasi pula seramai 3 orang.

SASARAN

Penubuhan koperasi sekolah merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Menerusi aktiviti yang dijalankan oleh koperasi maktab pelajar dapat belajar aspek keusahawanan selain kepimpinan. Aktiviti-aktiviti Koperasi Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kangsar Berhad ini lebih menekankan aspek-aspek berteraskan pendidikan dan kebajikan.

Dari aspek pendidikan, koperasi menerapkan semangat jati diri dan kerjasama dalam kalangan pelajar dan warga sekolah amnya. Manakala aspek kebajikan pelajar & warga maktab yang merupakan pemegang saham bagi setiap koperasi juga tidak diabaikan. Aktiviti yang dilaksanakan oleh Koperasi Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kangsar Berhad tidak hanya mengutamakan keuntungan semata-mata. Malah aktiviti yang dijalankan dirancang dengan mengambil kira kepentingan bersama pihak koperasi dan warga MRSM Sultan Azlan Shah.

Terdapat empat kategori utama kegiatan Koperasi Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kangsar Berhad iaitu:

  • Perniagaan runcit
  • Perkhidmatan
  • Kafe
  • Pertanian

MATLAMAT

Melalui Co-Op Mart ini MRSM Sultan Azlan Shah berharap akan melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan dalam keusahawanan dan berketrampilan serta dapat berkhidmat kepada diri sendiri, masyarakat, bangsa dan negara.

Kedai Koperasi

Kedai Koperasi

Perkhidmatan Dobi

Perkhidmatan Dobi

Kafetaria

Kafetaria

Dusun Lestari

Dusun Lestari

Vending Machine

Vending Machine