Akademik

Kecemerlangan Teras Utama

Utama / Akademik
Teras Pendidikan

Sistem Pendidikan & Kurikulum

MRSM Sultan Azlan Shah adalah salah satu MRSM Program Premier yang menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM. Program ini merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.

Laluan Pembelajaran di MRSM Sultan Azlan Shah (MRSM Premier)

1-3

Menengah Rendah (Ting 1 - 3)

Fokus pengukuhan asas STEM, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Fokus pendidikan Tingkatan 1-3 di MRSM adalah pengukuhan asas STEM, integrasi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dengan Kurikulum Khas MRSM, serta pembangunan sahsiah, keusahawanan, dan kemahiran insaniah melalui modul pembangunan bersepadu.

Menengah Atas (Ting 4 - 5)

Aliran Sains Tulen & Perakaunan

Fokus intensif kepada subjek kritikal: Fizik, Kimia, Biologi, dan Matematik Tambahan sebagai persediaan utama ke peringkat tertiari dan kerjaya profesional dalam bidang STEM.

Bagi Pelajar yang memilih aliran Perakaunan, Subjek yang dipelajari adalah Prinsip Perakaunan, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.

Pemerkasaan Pelajar

Program Kecemerlangan Akademik

Inisiatif strategi dirangka khusus untuk memastikan setiap pelajar mencapai potensi maksimum mereka.

Kelas Persediaan (Prep)

Sesi pembelajaran kendiri berjadual pada waktu petang dan malam dengan pemantauan warden akademik untuk memastikan fokus ulangkaji.

Program Mentor-Mentee

Sistem 'Guru Muda' di mana pelajar cemerlang membimbing rakan sebaya, serta bimbingan peribadi daripada guru mentor yang dilantik.

Program Gemilang SPM

Bengkel intensif teknik menjawab soalan, seminar motivasi, dan latih tubi berfokus menjelang peperiksaan utama.

Minggu Aktiviti

Minggu Aktiviti ini merupakan platform penting dalam usaha membentuk pelajar yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Ia juga bertujuan untuk mencungkil bakat, meningkatkan kemahiran insaniah, serta memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan dalam kalangan pelajar.

Pengurusan Masa

Takwim & Jadual

Panduan masa persekolahan dan tarikh-tarikh penting peperiksaan bagi tahun semasa.

Waktu Sesi Akademik

Isnin - Khamis Sesi Akademik
7:40 PG - 2:10 PTG
Jumaat Sesi Akademik
7:40 PG - 12:40 TGH

Pelajar wajib berada di Dataran Murrabbi selewat-lewatnya jam 7:20 pagi setiap hari.

Takwim Peperiksaan

Peperiksaan Ulangan

26 hingga 30 Januari 2026

Ujian Setara

9 hingga 12 Mac 2026

UTQH,UBBM,UBBI (Ting 5)

27 hingga 30 April 2026

Ujian Semester 1 / Ujian Amali Sains (Ting 5)

4 hingga 21 Mei 2026